Wednesday, October 28, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Abe,kalu lah kita boleh jadi mace Ultraman!
"Abe, kalulah kita boleh jadi mace Ultraman, kita boleh kelik bbukit( bukit Kecik)". Setiap kali selepas menonton cerita Ultraman di rumah Roni( abd ghani zakaria) maka itulah yang ku katakan pada abangku." Kita empat orang boleh terbang balik,tak payah naik turun teksi dan bas". Maka kami pun berangan-anganlah menjadi Ultraman!
Aku memilih untuk mengikut nenek dan abangku berpindah ke sebuah kawasan pondok pengajian di pinggir Pasir Mas, demi kelangsungan pendidikan kami, meninggalkan ibu ayah dan kampung kelahiranku. Maka bermulalah episod perasaan rindu seorang kanak-kanak berusia 5 tahun pada apa yang ditinggalkannya. Sementelah lagi jalan ke kampungku yang bertanah merah itu menyebabkan tiada kereta sewa yang mahu masuk. Jalan yang berdebu merah kuning pada musim kemarau dan berlecak tahap gaban pada musim hujan. Maka kami ( abangku dan dua orang lagi sepupu yang tinggal bersama nenek) hanya berpeluang balik ke kampung dua bulan sekali, apalagi keadaan kami yang selalu 'mabuk kereta' menambahkan kepayahan itu.
Sewaktu abang masih di sekolah rendah, nenek akan menemani kami balik ke kampung. Maka seawal pagi yang mungkin, kami semua akan menunggu kereta sewa atau bas di tepi jalan Tanah Merah- Pasir Mas. Penantian adalah satu penyeksaan, apatah lagi bagi budak kecil sepertiku. Kami akan mereka pelbagai permainan seperti memilih warna kenderaan dan bertanding warna pilihan siapa yang lebih banyak,maka dialah pemenang. Sewaktu aku dan Nah, sepupuku sudah pandai membaca, kami memilih nombor plet kereta pula. Kadang pemandu teksi tidak mahu mengambil kami kerana ramai budak-budak, tambangnya sikit dibandingkan dengan penumpang dewasa, sabar je lah!
Aku akan berasa lega jika dapat menaiki bas kerana sebenarnya aku alahan pada sebarang bauan, bau teksi mercedes menggunakan diesel amat menyeksakan aku, apalagi setiap kali pergi 'berjalan', nenek akan mencalitkan minyak wangi Patchouali yang berwarna hijau pada badan kami, arggggh, tidak rela! tapi akan dicalit juga kerana dia tidak mahu orang mengatakan cucunya berbau busuk. Aku dan Nah juga akan dipakaikan celak mata Mekah, maka kami terpaksa menahan dengan perasaan ngeri takut tercucuk mata. Memang kami tidak berdaya menolak apa yang telah di'fatwa'kan oleh nenek, dengan kesungguhannya dalam semua perkara-maka bila aku membaca mengenai Maharani Balu (Empress Dowager ) dari China, haa! tu lah nenekku. Dengan super-powernya dan super-imposednya, kami semua tamat belajar paling kurang SPM- kami 9 orang cucunya! 4 orang pengajian tinggi, abangku-ikm ,adik dan sepupuku stpm dan 2 lagi SPM.
Apabila kami sampai di Tanah Merah, kami terpaksa ke "stesen' kereta prebet- teksi haram, khas untuk jalan yang teruk, tidak dimasuki bas atau teksi, maka sekali lagi kami menunggu. Selalunya ada 2 laluan utama kekampungku, melalui Batu 5, bendang nyiur, menaiki kereta pak cik maktar, atau bukit mas, alor pasir, menaiki kereta abe husin. Kalau menaiki kereta pak cik maktar, sudah tentu kami akan 'mabuk' dan muntah kerana cara memandunya yang amat 'michael schuemaker'. Nenek akan membekalkan kami dengan supit gelenyar( beg plastik) agar adalah tempat kami nak ueeek! Kadang-kadang kami terpaksa naik lori kepunyaan pak cik maktar juga apabila dia nak menghantar barang ke kedai runcit sepanjang laluannya. Maka inilah keseronokannya merasai angin bertiup laju, menampar muka kami berempat. Supit plastik tidak perlu kami gunakan jika menaiki lori. Salah satu 'excitement' yang kami suka ialah bila melalui kampung Siam Muring, apalagi! dapat tengok babi yang mereka bela, kalau yang bawa anak, kami dapat tengok ekornya yang cute itu,hehe.
Satu lagi cara ke kampung ialah menaiki bas sampai ke Alor Pasir. Kami terpaksa berjalan kaki sejauh 2.5 km, melalui jalan sempit dan sunyi, dikelilingi hutan, tiada rumah sepanjang jalan. Kalau musim kemunting berbuah, sempat juga memetik buahnya yang berwarna ungu,manis berbiji halus. Itu adalah kenangan manis seorang budak yang hanya nak balik berjumpa ibu bapa dan sungai.
Setelah berjumpa mek dan ayah, pertama sekali mesti aku berlari ke sungai hampir 150m saja di belakang rumahku. Eyaaaaaaah!....boooom, maka terjunlah aku dan geng ultraman ke dalam sungai yang kami rindui, yang perempuan berseluar katak, yang lelaki berpakaian macam baru lahir! selagi tak merah mata jangan harap kami naik, melainkan paksu datang bawa ranting senduduk! hehe nak jadi Ultraman sebab nak balik kampung, mandi sungai- bukan menyelamatkan dunia dari raksaksa......patutla impian tu tak tercapai lagi hehe.

Thursday, September 24, 2009
REMEMBERING YOU, DEAREST MOK
While spending a few days in my hometown, my husband and I went around my father's 'kebun' to have a look at the best possible spot to build our retirement home, maybe in 6-7 years time. As my mother had suggested last year that i should choose my own location as my siblings had built their houses accordingly.
This trip brought me back to the time where i had followed my grandmother to the same place when i was 4-5 years old. The walk was long and tiring for my small feet but then all i can remember was the stream, trees and all sorts of plants and animals occupied my curious mind. Our destination was a place called Ayer Sejuk, about 3 miles from my house. Maybe the water was colder because of hilly area so it was given that name. I cannot remember whose house we went to but at that time there were a few houses built by my father for the people who tapped rubber in our 'kebun', they were called 'kuli' and their modest lodging were called 'berek'. Kuli is not degrading as in a real term but a name for people who work for others. Some of them came from Southern Thailand and will return to their homeland every few months. until now some malay thais still work in my kampung.
Mok was a name we called my late grandmother. After she performed the hajj,most people called her mok aji but her close relatives called her ngah. She was not a beauty queen but pleasant looking, determined and ambitious. In the age where women were supposed to be in the background, she spoke of her own mind and she was very assertive about her rights. She was very vocal about her needs and ever willing to help other women in distress. Maybe all Kelantanese women are more 'daring' compare to others in Malaysia.
She can do all sorts of work and almost as strong as a man. After we moved to p.mas,she rented some land and planted padi, tapped rubber, grew tobacco and for many years she planted vegetables,corn and groundnuts at a plot of land by the kelantan river ( where jambatan salor is now towering over it ). I think it was from her that i learnt all the skills in gardening and also the positive attitude that as women, we can and able to accomplish anything as long as we are determined and steadfast with our effort. My only regret is, i didn't learn enough about cooking skills from her...
Now that i have problem with my knees, ostheoathritis, i keep remembering her almost every day because this illness too, robbed her of her mobility. I walk up and down the stairs with pain and the cure is almost impossible without side effects. However painful it feels, i try my best to avoid the supplement or painkiller as in the long term these 'medication' will destroy my vital organs such as kidney and liver,slowly. Therefore, i will bear this pain and keep remembering you mok, with doa, may Allah repay your kindness and love for others.

Sunday, August 9, 2009
NO PROBLEM! KACANG JE 2....
Today's lesson is....
simple sentences..gapo dio?simple=senang, buat ayat mudah..nama saya Ali ( My name is Ali.)-cerita pasal Ali saja, mudah kan tu? Dok mana budak Ali tu? He lives in Kg. Pangkal Meleret, Machang...pastu, Lagu mana budak Ali ni?...okay, budak baik, He is a good boy.
Simple sentences ni takdak masalah, memang betul, cumanya, markah tokleh banyak, dah nama kata ayat mudah,markah pong dia kira mudah, cincai jah laa.
Jadi kenala buat compound sentences, gapo dia pulok doh? hok dok tau doh, compound tu macam bayar saman, atau halaman rumah..Sebenarnya, compound sentences ada 2,3 cerita dalam satu ayat, eg, Ali is a good boy and he lives in Kg Pangkal Meleret..cerita pasal budok Ali tapi ada 2 maklumat, disambung atau ada kata hubung-conjunction- and di situ.
more examples,
Ali is a friendly and hardworking boy.
He lives in Machang with his family.
I like Ali because he is polite.
Dari contoh tadi, dalam ayat ada 2 hal yang kita boleh tahu.
Ali peramah. Ali budak rajin.
Dia dok di Machang. Dia dok dengan keluarga dia.
Saya suka Ali. Dia sopan.
Kita buleh tambah jadi 3@4 and so on( dan seterusnya.
Ali, a friendly and hardworking boy lives in Machang with his family.
Satu lagi adalah complex sentences..bukan shopping complex wei!..tapi apa jadi kalu kita gi shopping complex hok besar, payah nak ingat tempat atau kedai-kedai dalam tu, komplek-payohlaaaa tapi takdokla tahap gaban.
Complex sentences digabungkan beberapa ayat mudah, ditambah kata hubung-conjunction dan kata sendi-prepositions,..wei!gapo dio pulok doh?
Eg: Ali, of Machang is a polite boy but he is too shy.---Ali, budak Machang tu, sopan, tapi terlampau pemalu laa.
I like reading, but then I am too busy to do it as often as I like it.--sayo suka membaca, tapi saya sibuk jadi tokleh buat sekerap yang saya suka...buat sekerap? wei! bukan getah sekerap, selalu atau setiap kali saya rasa nak baca.
Kalu dalam pereksa UPSR, PMR atau SPM, markah lebih banyak akan diberi untuk ayat compound atau complex ni, jadi acu try cuba test....jumpa lagi esok, See you tomorrow!
Saturday, August 8, 2009
NO PROBLEM, KACANG JE!
Mari wei kita pakat-pakat belajar bahasa inggereh pulok! mulo-mulo sekali, awok kena tau hok mano noun atawa kata nama, hok mana verb-kato kijo. buleh pehe ko awe ngan mek belako? bukennyo payoh, kena rajin buko kamuh, ore putih kato dictionary, ko, takdok kamuh? wei la!nak ngaji bahasa lagu mano kalu takdok gak?
Since i have been teaching English, i was quite frustrated when some students, especially boys just gave up(throw in the towel-surrender) their English studies,whereas, it is easier than technical subjects such as chem, add maths etc,etc. Maybe because of there is no help at home, so it is pointless to spend so much time since they cannot tell head from tail(tak tau punca-tak tau hujung pangkal).
Lesson minggu ni, nak mula dengan kata-kata motivasi dulu..
1.better late than never-biar terlambat (baru sedar) dari langsung tkdak keinginan utk memulakan sesuatu.
Examples: a) Ali starts to attend tuition classes in May for his Add.Maths because he thinks better late than never.
b) Better late than never so Pak Soh is trying his best to take care of his bedridden mother, now that he has came back home because he had lived overseas for 20 years.
Ada faham? Do you understand? nak jawab lagu mana? rock kapak? hip-hop?...bukan!
Yes, I do. @ No, I don't. Jangan jawab macam lain, ikut dia tanya tu..
Enough for today, see you for the next lesson. I'll try to update daily(tiap hari ), insyaallah.

Sunday, July 26, 2009
MEREDAH PAYAH MENUJU JAYA-GUNUNG JERAI
Akhirnya hampir genap 11tahun aku bersama mereka, dari mengajar mereka 'one,two, three....' atau 'chicken,ice-cream, soup....' hinggalah sekarang mengajar mereka mengayat dengan 'Sonnet 18' atau 'There's been death in the opposite house' atau 'green with envy' 'living from hand to mouth'...pejam celik pejam celik anas-anas, mat,min,muaz,naqib,umaq,paan,paanudin,hanif,bahirah,zati, tikah,ain,,alia,kirah,zahirah, dan beberapa orang lagi kawan-kawan mereka(jgn kecik hati plak kalau nama tak disebut) telah bersamaku sepanjang kerjayaku sebagai guru. Dari muka 'innocent' dan pemalu hingga jadi mulut murai dan kadang 'tak malu' , dari membawa mereka tunjukkan di mana toilet,office waktu mula masuk sekolah, dan sekarang mereka lebih tinggi daripadaku..minum susu apa ya?
Inilah tahun penentuan bagi mereka dan kalau boleh aku mahu mereka berjaya mencapai target masing-masing dalam SPM tahun ini. Mereka telah bersama saif (malahan ada yg dari tadika lagi) sepanjang sesi persekolahan dan mereka juga umpama anak-anakku,dekat di hatiku,dalam doaku dan amat ku kasihi...malah sekilas ikan di air, sudah ku tahu apa yang mereka nak lakukan..sebab tu selalu kukatakan jangan nak kelentong muallimahla, dah kenal sangat dah...

Hari khamis dan jumaat lepas kami telah mengikuti mukhayyam bersama form 4 ke gunung jerai.Aku bangga melihat anak-anak teruna ini membesar gagah perkasa,tampan bergaya dan anak-anak daranya manis jelita dan mempunyai jati diri yang mantap. Mereka mengikuti program dengan sabar dan berdisiplin, bersemangat tinggi,sanggup menempuh susah payah demi menjayakan rancangan yang telah disusun. Aku bersyukur mereka mengharungi segala kesusahan tanpa merungut atau mengeluh. apa yang kuharapkan kegigihan ini mereka teruskan disaat menghadapi SPM yang makin hampir. Last but not least, WELL DONE MY BOYS AND GIRLS -FORM 5 IJTIHAD 2009! May Allah bless all of you,insyaallah.
Friday, July 17, 2009
WHERE ARE YOU ?
Semenjak dua menjak ni dok asyik dgn facebook plak,tak sangka ramai kawan-kawan pun dok mencari-cari members lama kat itm-waktu buat kursus english 2dekad yang lalu..tiba-tiba je rasa rindu pulak, nak dengar cerita, pengalaman, tempat tinggal, kerjaya, anak-anak, husband masing-masing...macam-macam..orang perempuan memang suka sejarah, nostalgia la tu.
Memang kita manusia banyak angan-angan, kadang lupa akan ketentuan hidup dibawah kekuasaan Allah. Orang Penang settle down kat k.lumpur, cekmek dok kat kedah,orang johor dok teganu dan yang meninggal pun dah ramai di kalangan kami yang baru 4oan usianya. Takdan nak terima cucu la..apalagi nak rasa duit pencen, lagi sayang kalau tak pegi Mekah lagi.
Peed dan zarita adalah antara kawan se uni dgn ku, mereka memang kawan baik.kamcheng...baru dapat tahu rupanya ita pun dah meninggalkan dunia ini..tapi hanya itu yang ku tau, nak kena investigate pula sebab apa.Bagi yang masih hidup,semua kawan dah jadi orang besar dalam profesion masing-masing..manager pn ada, paling tak sangka ramai jadi cekgu...yang 'loaded' dah pegi melancong ke Australia, down memory lane, lagi seronok bawa anak-anak...aku?hmm tunggu duit pencen, pi mekah lepas tu nak gi melbourne..Semoga Allah panjangkan umur dengan iman dan kesihatan yang baik, amiin...
Ada juga yang dulu ber'couple' bagai nak rak, ke hulu ke hilir bersama, tak kawen pun.atau bila dah kawen,tak kekal kasih yang disatukan dgn sah...yang dah bermadu pun ada jugak, dapat payung siti fatimah la kalau redha di hati...yang tak syok sekali, ditinggalkan tak bertali,..ni dilakukan oleh orang yang kononnya 'educated'...kesian anak-anak, walaupun ibu bekerja tapi ayah tidak dapat dibeli di hypermarket....
Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami dengan iman dan berada di jalanMU yang Kau redhai, janganlah hati-hati kami ini Kau lalaikan dengan kemewahan dunia sehingga kami lupa tujuan kami diciptakan, tautkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang dan ikhlas padaMu, hanya pada Mu kami berserah...Amiin ya rabbal 'alamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)